Wednesday, March 11, 2009

ADAT BERINAI

Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.



BERINAI CURI
Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.
BERINAI KECIL
Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.


BERINAI BESAR
Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.

5 comments:

  1. its a nice n complete blog. but sorry tat ur grammar is unbelievable n really.. if foreigners read it... they'll laugh at it.

    anyway.... i congratulate u all on ur effort on making tis blog....

    juz hope tat u gurls cud atleast improve more of the grammar to be more properly understood in a real english.. not broken english...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before you correct others English, please correct yours first. And for your information minah salleh celup, foreigners would not laugh because they understand, English is not our main language. And they know how to respect people unlike you.

      Delete
  2. Thanks sesiapa yang tulis nie!!! Sangat membantu adik buat folio ;D Thanks a lot!

    ReplyDelete
  3. trima kaseh kpd sesiapa yg wat blog ni kerna membantu saya wat keje khusus ! arigatogozaimas!

    ReplyDelete
  4. hzs01 - your english language is also broken , you know . and you should try to repair the way that you type . like WTREMPIZZZZ .
    "juz hope tat u gurls cud"
    just hope that you girls could ? am i right ? you should sit in front of the mirror before you judge the "pelajar Sarjana Muda Sistem Komputer & Rangkaian di bawah Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian. " and judge yourself . but anyway , i'm sorry if the way that i advice you make you be shame , shy or whatever . we learn from our mistake . thanks . much love , teenager .

    ReplyDelete