

Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu bertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki. Pengantin lelaki serta rombongannya yang diarak akan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih dahulu.
Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan kompang dan rebana. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana. Apabila rombongan mempelai telah tiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela dari rumah pengantin. Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit.
Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelai sebelum masuk ke rumah. Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari.

Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-dua pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari, tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin lalu disuapkan ke mulut mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.
Setelah itu majlis diteru


pelbagai jenis bunga telur
alhamdulilah. tq
ReplyDeletethanks for share kak :)
ReplyDeleteseronok nian adat perkahwinan kaum melayu di Malaysia ya. love it! :)