Tuesday, March 10, 2009

KENDURI KAHWIN (WALIMATUL URUS)

Menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat diikuti. Antara adat perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Tujuan diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah. Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang, mandi limau, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradap.



Rewang (GOTONG ROYONG)

Rewang adalah acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau gotong-royong kebiasannya dilakukan oleh penduduk kampung atau jiran tetangga untuk membantu tuan rumah menyediakan persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Selain itu, penanggah juga bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu. Kebiasaanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu dalam bentuk wang atau hadiah. Walau bagaimanapun, adat rewang ini semakin pudar dikalangan masyarakat Melayu kerana budaya ‘buffet’ atau ‘katering’ kian popular dan sering diamalkan oleh masyarakat kita.

Mandi Limau

Terdapat satu lagi adat yang penting namun masyarakat pada zaman ini tidak ramai mengamalkannya . Adat yang dimaksudkan ialah mandi limau. Ketika adat ini dijalankan, pengantin akan duduk diatas pelamin dalam pakaian terbaik dihadapan para tetamu. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas itu, emak pengantin akan memercikkan air sintuk atau limau purut pada pasangan pengantin. Tujuan adat ini dijalankan adalah untuk membuang sial pada pasangan pengantin. Adat ini dijalankan sebelum kenduri kahwin dijalankan.

Menyambut Menantu dan Cukai Pintu

Adat atau acara yang popular ketika walimatul urus dijalankan ialah adat menyambut menantu. Ketika ini, suami atau isteri dan keluarganya akan membawa pengantin perempuan atau lelaki bertandang ke rumah mereka. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk ke rumah pengantin perempuan, adat cukai pintu dikenakan ke atas pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan memberi wang kepada pengapit dan kaum keluarga terdekat si pengantin perempuan. Kebiasaanya, wang yang diberi bergantung kepada si pengantin lelaki. Selepas selesai upacara tersebut, barulah si pengantin lelaki di banarkan masuk dan melihat si pengantin perempuan .



Kompang, Silat dan Tarian

Sepanjang kenduri dijalankan , terdapat juga beberapa hiburan di jalankan. Iringan paluan kompang berkumandang mengiringi mempelai memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Selain itu, seni silat turut dipersembahkan dihadapan pengantin di tambah dengan tarian yang dipersembahkan untuk menghiburkan pengantin dan para tetamu. Adat istiadat ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Namun, pada zaman sekarang, beberapa bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah dengan celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan.


Makan Beradap

Di samping itu, terdapat satu lagi adat yang wajib dilakukan ketika kenduri perkahwinan dijalankan, iaitu makan beradap. Makan beradap kebiasaanya dijalankan untuk pasangan pengantin dan turut ditemani oleh ibu bapa kedua-dua mempelai. Hidangan yamg disediakan untuk adat makan beradap lebih istimewa berbanding makanan yang lain. Kemuncak untuk adat ini ialah pengantin lelaki dan perempuan akan menyuapkan makanan kepada pasangan mereka. Adat makan beradap diakhiri dengan upacara memotong kek atau pulut kuning. Kemudian dihidangkan kepada para tetamu yang dijemput.





4 comments:

  1. Thanks once again to all amoi2 cantik, i did a bad job robbing your nice work.Actually i learned a lot about Malay culture...regards.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    ~~KAMBING GOLEK HANYA RM1000 SAHAJA~~

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****

    HUBUNGI SAYA:
    IzA 0124110390 (WhatsApp)

    ReplyDelete
  3. kalau saya nak buffet sahaja boleh kan?

    ReplyDelete